Pemain sayap Bayern Munich, Kingsley Coman, hanya mengalami bengkak di bahagian lutut dan dijangka dapat diturunkan untuk aksi Piala Super-DFL berdepan Borussia Dortmund, esok.
Pemain kebangsaan Perancis itu sekadar beraksi selama lima minit sebagai pemain gantian dalam perlawanan Piala Audi berdepan Tottenham, semalam.
Ketua jurulatih, Niko Kovac, berkata selepas perlawanan, "Kami berharap kecederaan Coman tidak serius dan dia dijangka kembali pulih dalam beberapa hari.
Bayern mengesahkan bahawa Coman "hanya mengalami bengkak di bahagian lutut" dan bakal kembali menyertai sesi latihan pasukan hari ini.
Bayern tewas menerusi penentuan penalti selepas seri 2-2 degan Spurs dalam aksi pra-musim terakhir itu.
Mereka berdepan Dortmund di Signal Iduna Park sebagai aksi pembuka tirai sebelum menghadapi Energie Cottbus bagi aksi Piala DFB, 12 Ogos ini.
Kempen mempertahankan gelaran Bundesliga mereka akan bermula di laman sendiri bertemu Hertha Berlin pada 16 Ogos.