Skip to main content

Bola Sepak

Coman dedah hampir sertai Man City

9517kingsley-coman.jpg
Kingsley Coman mendedahkan keinginannya untuk menandatangani kontrak bersama Manchester City sebelum memberikan komitmen sepenuhnya kepada Bayern Munich.

Pemain kebangsaan Perancis itu telah menyempurnakan perpindahan secara tetap dengan nilai perpindahan EURO35 juta, termasuk yuran pinjaman pada April selepas Bayern mengambil keputusan untuk membeli pemain itu daripada Juventus.

Risau tidak dapat beraksi secara tetap di Allianz Arena, Coman hampir membuat keputusan untuk menyertai kelab Liga Perdana Inggeris, Manchester City, dan kembali bekerjasama dengan Pep Guardiola.

"Saya hampir berhijrah ke England kerana situasi saya di Jerman," kata Coman.

"Tetapi selepas berbincang dengan presiden mengenai projek kelab ini, mengenai diri saya, segala-galanya telah diselesaikan."

Walaupun sudah menandatangani kontrak bersama Bayern sehingga 2020, pemain berusia 20 tahun itu masih tidak dapat memberikan kepastian mengenai masa depannya.

"Kebiasaannya, ya," jawap Coman mengenai sama ada dia akan kekal bersama Bayern musim hadapan. 

"Tetapi di dalam bola sepak, apa-apa sahaja boleh berlaku."

Advertisement

Must Watch Video