Pemain sayap Bayern Munich, Kingsley Coman, bakal direhatkan untuk beberapa minggu selepas disahkan mengalami kecederaan ligamen buku lali.
Coman –- yang terlepas kejayaan Perancis menjuarai Piala Dunia -- dihimpit kecederaan apabila pemain berusia 22 tahun itu bakal direhatkan untuk beberapa minggu lagi selepas Bayern mengesahkan kecederaan ligamen pada buku lali kirinya yang memerlukan pembedahan.
Tampil beraksi dalam saingan Bundesliga buat kali pertama sejak pulih daripada kecederaan yang sama Februari lalu, Coman membantu pasukan sejak permulaan permainan untuk menyaksikan Bayern menang 3-1 ke atas Hoffenheim, semalam.
Coman diterjah keras oleh pemain Hoffenheim, Nico Schulz, di Allianz Arena dan tidak dapat menamatkan perlawanan.
Ketua jurulatih Bayern, Niko Kovac, meluahkan kerisauannya terhadap keadaan Coman selepas tamat perlawanan.
Coman –- yang tiba daripada gergasi Itali pada 2015 -- hanya tampil beraksi dalam 21 perlawanan Bundesliga musim lalu, 10 daripadanya hadir sebagai kesebelasan utama buat kelab Jerman itu.