Ashley Cole berkata Chelsea seharusnya bersaing untuk merebut gelaran Liga Perdana Inggeris (EPL) di bawah kendalian Maurizio Sarri musim ini.
Juara musim 2016-17 itu bermula dengan cemerlang, meraih kemenangan 3-0 ke atas Huddersfield Town sebelum mengatasi Arsenal 3-2.
Cole, yang merupakan sebahagian daripada skuad yang menjuarai liga musim 2009-10, berasakan bekas kelabnya itu mampu mengatasi Manchester City musim ini walaupun ramai yang menyatakan mereka bukan pasukan pilihan.
"Chelsea tidak memberikan petanda yang besar dalam saingan musim ini di bawah kendalian jurulatih baru," kata Cole.
"Mereka seharusnya bersaing untuk merebut gelaran liga tetapi ramai yang tidak yakin dengan kebolehan Chelsea. Meraih enam mata daripada dua perlawanan merupakan permulaan yang baik."
Cole muncul juara EPL dua kali bersama Arsenal, yang memulakan musim ini dengan dua kekalahan berturut-turut kepada City dan Chelsea.
Keputusan itu menjurus kepada kritikan terhadap pengendali baru, Unai Emery, tetapi Cole yakin perubahan akan berlaku.
"Arsenal memiliki jurulatih baru. Dua perlawanan pertama yang sukar, jadi mereka akan mula mengutip mata selepas ini."