Skip to main content
ligasuper

Jom Undi Gol Terbaik Liga Super Sekarang!

Bola Sepak

Cklamovski sahkan seorang lagi pemain warisan perkuat Harimau Malaya gempur Vietnam

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

peter.jpg
Proses pendokumentasian Jon Irazabal dilihat sudah selesai apabila pengendali Harimau Malaya, Peter Cklamovski, mengesahkan seorang lagi pemain 'Malaysian Abroad' akan memperkuatkan pasukan sebelum bertemu Vietnam pada 10 Jun ini.

Tanpa mendedahkan identiti pemain itu, pengendali dari Australia itu tampak merujuk kepada Irazabal yang sudah dikaitkan bersama Harimau Malaya Mac lalu.

Difahamkan, Irazabal sepatutnya menjadi tiga pemain terawal yang menyertai skuad negara Mac lalu selain Hector Hevel dan Gabriel Palmero.






"Saya beraskan lebih banyak pengumuman akan diberikan pada awal bulan Jun selepas pendokumentasian sudah berada di tahap akhir Pihak Kerajaan dan ia dilihat menjanjikan," katanya.


Namun, kelibat pertahanan kelab Sabah FK dari Azerbaijan itu tertangguh kerana dikatakan masih belum mendapat kelulusan Kerajaan Malaysia.

Sementara itu, Cklamovski mendedahkan keputusannya memanggil lapan pemain muda untuk kem latihan pusat kali ini adalah langkah awal menjelang Piala Dunia 2030. 

Ia membabitkan pemain yang berumur bawah 23 tahun dan antaranya ialah Aiman Hakimi, Alif Ahmad, Hayqal Danish,  Shafizan Arshad dan Muhammad Abu Khalil.






"Pada Julai nanti pemain B-23 akan Kejohanan AFF di Indonesia, jadi ia merupakan persediaan mereka untuk kejohanan itu. Ia penting buat membangunkan bakat mereka." tambahnya.

Advertisement

Must Watch Video