Manchester City meraikan kemenangan ke atas Huddersfield Town bersama anak lelaki David Silva, Mateo, yang terpaksa melalui tempoh lima bulan di hospital selepas dilahirkan pramatang, tahun lalu.
Pemain tengah, Silva, terlepas lapan aksi liga selepas perayaan Krismas tahun lalu tatkala anaknya bertarung dengan nyawa di Sepanyol.
Mateo hanya dibenarkan pulang ke rumah pada Mei lalu dan dia turut menyaksikan kemenangan 6-1 ke atas Huddersfield di stadium, di mana Silva menjaringkan gol menerusi sepakan percuma dalam penampilan ke-250 dalam Liga Perdana Inggeris.
Silva dilihat mendukung anaknya ke dalam padang sebelum sepak mula dan berada di dalam bilik persalinan selepas pasukan bimbingan Pep Guardiola itu melengkapkan kemenangan di Etihad.
"Silva mempamerkan persembahan memukau," kata Guardiola.
"Sudah tentu dia sentiasa bermotivasi daripada keluarga, ibu bapa dan isterinya, terutama Mateo, yang berada di sini. Dia menjaringkan gol hebat.
"Anaknya tidak akan melupakan detik pertama kali melihat bapanya bermain bola sepak, menjaringkan gol sebegitu.
"Kami menemui Mateo dua hari lalu dan kini dia berada di bilik persalinan bersama seluruh pasukan, seisi keluarga turut sama. Ia adalah detik indah buat kami.
"Musim lalu merupakan detik sukar buat keluarganya dan Silva berjuang dengan hebat. Kini, Mateo berada di sini. Ia adalah hari indah buat mereka sekeluarga, buat kami dan juga Silva."