BRIGHTON 1 MAN CITY 4
Manchester City mengecapi kejuaraan Liga Perdana Inggeris (EPL) dengan kelebihan satu mata ke atas Liverpool dalam aksi penuh debaran pada hari terakhir kempen liga musim ini yang berlangsung serentak, sebentar tadi.
City, yang tewas empat kali musim ini, melengkapkan kejayaan mereka dengan himpunan 98 mata apabila membenam Brighton & Hove Albion 4-1 di kandang lawan, sekali gus menafikan hasrat Liverpool untuk menamatkan kemarau trofi yang berlarutan sejak 29 tahun lalu biarpun mengatasi Wolves 2-0 di Anfield.
Begitupun, City terlebih dahulu dalam situasi cemas selepas gawang mereka dirobek Glenn Murray pada minit ke-27 dan seminit berselang, Sergio Aguero mengikat kedudukan sebelum sentuhan pemusnah Aymeric Laporte menutup separuh masa pertama 2-1 sebelum gol Riyad Mahrez dan Ilkay Gundogan mengukuhkan lagi cengkaman City.
The Citizens turut mengulangi kejayaan yang dilakar seteru berjiran, Manchester United, yang dikemudi Sir Alex Ferguson, 10 tahun lalu, apabila muncul sebagai juara terakhir yang berjaya mempertahankan kejuaraan.
Chelsea dan Tottenham Hotspur pula mengesahkan tempat dalam Liga Juara-Juara (UCL) musim depan biarpun masing-masing hanya seri dengan Leicester City (0-0) dan Everton (2-2).
Penyerang Liverpool, Mohamed Salah, menawarkan sagu hati buat The Reds apabila diangkat selaku pemenang Kasut Emas buat musim kedua berturut-turut di samping Sadio Mane dan Pierre-Emerick Aubameyang dengan koleksi 22 gol.
Dalam masa sama, Huddersfield, Fulham dan Cardiff City terlebih dahulu sah tersingkir sebelum sepak mula hari ini.
Keputusan lain:
TOTTENHAM 2 EVERTON 2
MANCHESTER UNITED 0 CARDIFF 2
WATFORD 1 WEST HAM 4
SOUTHAMPTON 1 HUDDERFIELD 1
LEICESTER 0 CHELSEA 0
FULHAM 0 NEWCASTLE 4
CRYSTAL PALACE 5 BOURNEMOUTH 3
BURNLEY 1 ARSENAL 3
10 kedudukan teratas liga:
1. MAN CITY -- 98 mata
2. LIVERPOOL -- 97
3. CHELSEA -- 72
4. TOTTENHAM -- 71
5. ARSENAL -- 70
6. MAN UTD -- 66
7. WOLVES -- 57
8. EVERTON -- 54
9. LEICESTER CITY -- 52
10. WEST HAM -- 52