Jurgen Klopp berkata seteru Liverpool dalam merebut kejuaraan Liga Perdana Inggeris musim ini, Manchester City, boleh memenangi empat kejuaraan dengan menambah pasukan itu kelihatan seperti pasukan terbaik dunia.
City kembali ke puncak liga dengan satu mata di depan Liverpool selepas menewaskan Cardiff City 2-0, semalam.
Sejak dikejutkan dengan kekalahan 1-2 kepada Nerwcastle United, hujung Januari lalu, City memacu kejayaan dengan lapan kemenangan berturut-turut dalam Liga Perdana dengan hanya dibolosi dua kali sepanjang tempoh itu.
Skuad kendalian Pep Guardiola itu turut menjulang Piala FA dengan menewaskan Chelsea menerusi penentuan penalti di Stadium Wembley bagi memulakan pemburuan empat kejuaraan mereka musim ini.
Walaupun The Reds kendalian Klopp sedang mengejar City dalam perebutan kejuaraan liga, pengendali kelahiran Jerman itu tidak menolak pasukan juara bertahan berkenaan kelihatan terlalu kuat.
"Jika anda melihat daripada pandangan luar, ia kelihatan seperti City mampu memenangi kesemua empat (kejuaraan) dan saya juga berfikiran sama," katanya menjelang kunjungan pasukannya ke Southampton, awal pagi esok.
"City buat masa ini kelihatan seperti pasukan terbaik dunia. Itulah mereka.
"Barcelona malam sebelumnya (menentang Villarreal, kelmarin) kelihatan bergelut, namun tetap melaksanakan tugas mereka (seri 4-4).
"Juventus kelihatan menarik di Itali, namun anda tidak pasti mengenai nasib mereka dalam Liga Juara-Juara Eropah.
"City pula merupakan antara tiga pasukan terbesar dalam Liga Juara-Juara.
"Dan cuba anda fikirkan, City kelihatan lebih stabil berbanding pasukan lain.
"Namun, itu tidak bermakna mereka akan memenangi kesemua perlawanan mereka.
"Saya dapat bayangkan bagaimana anda semua fikirkan mereka mampu melakukannya, namun ia tidak seperti itu.
"Berapa ramai yang saksikan permainan City selama 90 minit? Mereka menewaskan Fulham 2-0, kami menewaskan Fulham 2-1 kerana kami melakukan kesilapan yang jarang-jarang kami lakukan.
"Saya tidak kisah, saya tidak mahu bertaruh, saya tidak berminat dengan kemungkinan.
"Saya hanya berminat dengan permainan kami dan kami tidak boleh melakukan lebih daripada memenangi perlawanan.
"Kami akan mencuba untuk memenanginya dengan segala-gala yang kami ada.
"Kami amat gembira selepas aksi hujung minggu lalu (menang 2-1 ke atas Tottenham Hotspur), namun kami sedar kami perlu berdepan Southampton dan kemudian Porto (dalam suku akhir Liga Juara-Juara), seterusnya Chelsea dan Porto kembali.
"Terlalu banyak perlawanan penting yang akan tiba dan saya hanya mampu katakan yang kami akan bersedia dengan sebaik-baiknya untuk menghadapi perlawanan itu," katanya.
City tidak akan beraksi dalam Liga Perdana sehingga kunjungan mereka ke Crystal Palace, 14 April ini.
Skuad kendalian Guardiola itu akan berdepan Brighton and Hove Albion dalam separuh akhir Piala FA sebelum menghadapi Tottenham dalam suku akhir pertama Liga Juara-Juara.