Skip to main content

Bola Sepak

City pasukan terbaik dunia -- Kompany

kompany.jpg
MAN CITY 6 WATFORD 0

Vincent Kompany mengisytiharkan Manchester City sebagai pasukan terbaik dunia selepas mereka membelasah Watford 6-0 untuk menjuarai Piala FA dan melengkapkan kejuaraan 'treble' domestik di Wembley, awal hari ini.


City ternyata pilihan untuk muncul juara selepas mendominasi permainan sejak permulaan hingga tamat untuk mengatasi skuad kendalian Javi Gracia itu dengan penuh bergaya.

David Silva membuka jaringan sebelum dua jaringan diledak Raheem Sterling dan Gabriel Jesus dan disusuli Kevin De Bruyne yang melengkapkan kemenangan skuad bimbingan Pep Guardiola itu.

Kemenangan itu menyamai kemenangan terbesar dalam aksi final Piala FA, yang menyaksikan Kompany tidak ragu-ragu mengangkat City selaku pasukan terbaik.

"City merupakan pasukan terbaik dunia bagi saya," kata Kompany. "Untuk meletakkan sasaran yang tinggi, bukan untuk setahun tetapi dua tahun berturut-turut, adalah sesuatu yang menakjubkan.

"Ia merupakan perlawanan yang sengit. Tetapi sejurus kami meledak dua gol, perlawanan memihak kepada kami.

"Ini merupakan musim yang menakjubkan buat kami.

"Segalanya bermula dengan pengurus. Kami meletakkan sasaran yang tinggi untuk mempertahankan kejuaraan Liga Perdana Inggeris (EPL).

"Pasukan pula dibarisi pemain-pemain muda yang berbakat dan berkualiti," katanya lagi.

Advertisement

Must Watch Video