Raheem Sterling bakal terlepas pertemuan Manchester City dan West Ham United, Ahad ini, selepas penggempur England itu disahkan mengalami kecederaan paha.
Kecederaan yang melanda Sterling itu dialami ketika City tewas di tangan Tottenham Hotspur, hujung minggu lalu, dan juara bertahan Liga Perdana Inggeris itu menegaskan bekas pemain Liverpool itu hanya akan terlepas aksi hujung minggu ini.
Bagaimanapun, masih belum pasti sama ada Sterling akan sempat pulih sebelum pertemuan dengan Leicester City pada 22 Februari ini atau aksi pusingan 16 Liga Juara-Juara Eropah menentang Real Madrid, empat hari kemudian.
"Sterling akan terlepas kunjungan West Ham selepas imbasan mengesahkan dia mengalami kecederaan paha kiri," kata wakil City.
"Penggempur itu mengalami kecederaan tersebut ketika menentang Tottenham, Ahad lalu, sewaktu permainan berbaki enam minit dan dipantau oleh Akademi Bolasepak City (CFA).
"Dia akan terus dipantau ketika tempoh rehat musim sejuk. Semua orang di City berharap dia cepat pulih."
City akan memulakan cuti pertengahan musim selepas aksi menentang West Ham dan skuad kendalian Pep Guardiola itu -- yang kini jauh ketinggalan di tangga kedua di belakang Liverpool -- bakal menyambung aksi 13 hari kemudian berdepan Leicester.
Sterling kini menyumbat 11 gol dalam 23 penampilan buat City musim ini.
Editor: Nafis Abdullah