Kapten Liverpool, Jordan Henderson, menegaskan The Reds bakal menghadapi tentangan bukan sahaja daripada juara Liga Perdana Inggeris (EPL), Manchester City musim ini.
The Reds memberikan tekanan kepada City sehingga tamat musim 2018-19 tetapi skuad kendalian Pep Guardiola itu berjaya mempertahankan kejuaraan dengan kelebihan satu mata.
Liverpool bangkit dengan menjulang trofi Liga Juara-Juara (UCL) buat kali keenam dan kedua-dua pasukan dijangka akan bersaing dalam saingan domestik serta Eropah bagi musim 2019-20.
Persaingan dua gergasi Inggeris ini akan bermula hujung minggu ini dalam perlawanan Perisai Komuniti di Wembley, namun Henderson menegaskan The Reds tidak boleh memandang rendah dengan cabaran pasukan lain.
"Semua orang bercakap tentang Liverpool dan City kerana mereka menjuarai liga dan kami menakluki Eropah," kata Henderson.
"Jika anda melihat pasukan lain, mereka akan meningkatkan lagi mutu permainan. Lebih banyak pasukan berbanding kami dan City akan bakal bersaing.
"Tetapi anda harus menghormati City kerana mereka telah mempertahankan kejuaraan liga. Ia bukan tugas yang mudah. Mereka akan terus mempertingkatkan lagi mutu permainan dan memperkuatkan lagi skuad.
"Jadi, kami perlu melakukan perkara yang sama. Pemain-pemain dahagakan kejuaraan. Mereka mahukan lagi. Mereka mahu terus bekerja keras dan pengurus pasukan akan memastikannya.
"Terdapat barisan pemain senior dalam pasukan ini. Kami perlu mengekalkan tumpuan dan terus mencabar kesemua trofi bagi musim ini."
Finalis UCL, Tottenham dan pasukan utama liga inggeris akan kembali terlibat dalam saingan dalam usaha merebut gelaran, Henderson kekal optimis Liverpool dapat meneruskan momentum musim lalu.
"Kami membuktikan bahawa pasukan tidak kecewa selepas gagal memenangi liga dan berjaya memenangi UCL.
"Kami akan menggunakan musim lalu sebagai pemangkin untuk berjaya tahun ini.
"Kami menyedari ancaman City, tetapi saingan EPL sangat sukar. Banyak pasukan akan menjadi halangan kami."