BOLA SEPAK
Cinta untuk semua, cinta untuk bola sepak, ini kisah cinta paling epik Abang Grab
Sejauh mana cinta mampu mengubah hidup seseorang? Benarkah dengan cinta dunia tidak akan berperang? Cinta pengubat duka dan dengan cinta, penyakit bagaikan tiada.
Sejenak tempatkan diri anda ke dalam diri individu bernama Faizal Rosli. Cuba bayangkan, tujuh tahun membanting tulang di tapak pembinaan untuk menyara hidup, akhirnya terpaksa melupakan sumber pendapatan utamanya itu hanya semata-mata untuk menjaga seorang ahli keluarga yang ditimpa penyakit.
Dugaannya tidak berakhir di situ, selepas tempoh getir berkenaan tamat, anak sulung daripada empat orang adik-beradik itu memulakan kerjaya barunya sebagai seorang posmen tetapi kebahagian yang baru hendak berputik sekilas musnah dalam tempoh dua bulan apabila dia disahkan menghidap kanser leukemia.
Iklan
Mungkin ramai yang akan hilang harapan apabila dilanda ujian sedemikian tetapi tidak untuk Faizal. Biarpun sekali lagi kehilangan pekerjaan, berbekalkan rasa sayang dan tanggungjawab terhadap keluarganya, pemuda itu bertekad untuk bangkit biarpun belum pulih sepenuhnya daripada penyakit membunuh itu.
Harus bagaimana untuk dia merancang semula kehidupannya? Waktu, tempat dan seandainya dua faktor itu bertembung di titik yang tepat, itu dinamakan takdir.
Mendengar saranan seorang rakan, Faizal memulakan kerjaya baru sebagai penghantar Grab. Dengan fleksibiliti yang ditawarkan Grab, Faizal dapat menumpukan sepenuhnya terhadap rawatannya tanpa melupakan tanggungjawabnya sebagai ketua keluarga. Bahkan, dengan fleksibiliti itu juga, Faizal kini memiliki masa untuk cinta lamanya, iaitu bola sepak.

Dengan bola sepak, Faizal dapat melupakan seketika mengenai penyakitnya sehinggalah dia disahkan pulih sepenuhnya. Dalam masa sama, dia menubuhkan sebuah pasukan bola sepak khusus bersama rakan penghantar Grab di taman penempatannya tanpa dia sedari, ia akan membuka satu lagi lembaran baru dalam hidupnya.
Baginya, rakan sepasukannya kini umpama ahli keluarga, bahkan adiknya sendiri turut mengikut jejaknya sebagai penghantar Grab dan bersama dalam pasukan berkenaan.
Segala suka dan duka dikongsi bersama, mereka kini menjadi tunjang baru buat Faizal untuk meneruskan hidupnya. Segala dukungan yang diperlukan, kini terpenuhi bersama pasukan yang diasaskan dengan tangannya sendiri.
Kebetulan terbuka laman Facebook Rakan Grab, Faizal menyedari kewujudan Kejohanan Bola Sepak Piala Rakan Grab 2024, satu kejohanan bola sepak komuniti yang dianjurkan Grab Malaysia. Terdetik di hatinya, ini merupakan satu impian yang pernah dia lupakan, ini peluang untuk dia kembali mencecap kegemilangan.

Dengan semangat yang baru bersemai, Faizal mula bertekad untuk memberikan yang terbaik dalam kejohanan itu bersama pasukannya. Gerak langkah mula diatur, segala kebijaksanaannya dicurahkan tanpa sebarang prejudis terhadap rakan sepasukan yang sudah dianggap seperti keluarganya. Mereka bersedia memberikan segala-galanya. Berdiri bersama menempuh badai.
Suasana dalam Piala Rakan Grab membuka mata Faizal untuk melihat dunia dari periskop berbeza. Di sini, dia rasa cukup dihargai bersama satu kelompok insan yang saling memahami. Dengan lilitan di lengan, dia menyedari betapa dia perlu membawa pasukannya ke pentas tertinggi kejohanan itu.

Dan sudah tersurat takdir buatnya, pasukan yang diketuainya itu memberikan segala yang terdaya dalam aksi final sehingga akhirnya dinobatkan juara. Mungkin ia bukanlah satu kejayaan besar buat orang lain tetapi bagi Faizal, itulah kali pertama sepanjang hidupnya, dia dapat melihat dirinya sebagai seorang juara.
Bersama komuniti Grab, ia memberikan Faizal semangat baru untuk menempuh segala dugaan mendatang. Bersama Grab, dia dapat melihat salah satu impiannya kini menjadi kenyataan.

Cinta untuk keluarga, cinta untuk rakan-rakan, cinta untuk diri sendiri, cinta untuk bola sepak, cinta untuk semua. Demikianlah kisah cinta paling epik Abang Grab.
#GrabBersamaMalaysia
Must-Watch Video