Penjaga gol Barcelona, Jasper Cillessen, akan mempertimbangkan untuk meninggalkan Barcelona ketika jendela perpindahan pemain pada Januari nanti jika dia masih gagal menempatkan diri dalam kesebelasan utama.
Cillessen hanya beraksi sekali dalam kempen LaLiga dan Liga Juara-Juara, musim ini, dengan Marc-Andre Ter Stegen menjadi pilihan utama Luis Enrique di depan gawang.
Penjaga gol Belanda itu yang menyertai kelab itu dari Ajax musim lalu, bagaimanapun, diberi peluang beraksi sebanyak tujuh perlawanan dalam kancah Copa del Rey, pertandingan di mana Barca akan berdepan Alaves dalam aksi final, hujung minggu ini.
Cillessen tidak terburu-buru untuk meninggalkan Camp Nou tetapi dia akan kembali mempertimbangkan situasinya pada pertengahan musim 2018 andai dia gagal menggugat tempat Ter Stegen.
"Saya tidak memikirkan tawaran lain, saya baik-baik sahaja di sini," ujar pemain berusia 28 tahun itu.
"Kalau kurang beraksi, kita tengoklah nanti dalam perpindahan musim sejuk. Tetapi, buat masa ini saya belum mahu memikirkan apa-apa lagi.
"Saya tidak gembira kalau tidak diturunkan. Ketika baru tiba, saya sedar perlu menyesuaikan diri dengan perkara-perkara baru."
Cillessen optimis bahawa dia mempunyai keupayaan untuk bersaing dengan Ter Stegen.
Tambahnya: "Musim depan, tidak syak lagi saya akan berjuang untuk menjadi penjaga gol utama Barcelona.
"Sudah tentu saya mampu. Kalau tidak, Barcelona tidak akan mendapatkan saya.
"Mereka berbuat demikian kerana fikir saya memiliki potensi untuk bermain di sini, bukan duduk di bangku simpanan."