Skip to main content

Bola Sepak

Christopher Raj cadang CEO baru MFL 'orang tempatan'

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

raj.jpg
Bekas exco Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), Christopher Raj, menjelaskan setiap pengendalian liga di sesebuah negara mempunyai cabaran tersendiri selain bersedia menghadapi sebarang kemungkinan yang akan mendatang.

Buat mereka yang berhasrat memikul jawatan besar harus besiap siaga dengan apa jangkaan sekali pun.

Menurutnya, dia mencadangkan agar Liga Bolasepak Malaysia (MFL) melaksanakan pengambilan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) dibuat secara temu duga terbuka bagi menarik lebih ramai individu berkelayakan.

"Ini adalah pandangan peribadi, jika mahu mengisi jawatan tersebut boleh dilakukan secara temu duga terbuka. 

"Siapa yang berminat boleh memohon.

"Setiap penganjuran liga ada cabaran berbeza, anda perlu tahu sebarang tekanan sebelum menjadi salah seorang ahli jawatankuasa. 

 

"Buat penilaian terlebih dahulu.

"Hari ini awak adalah yang terbaik. Esok? Satu kesalahan menjadikan awak bukan yang terbaik," katanya.

Bekas pengurus pasukan bawah 17 tahun (B-17) negara itu berpandangan calon tempatan lebih sesuai untuk mengisi kekosongan yang ditinggalkan Giorgio Pompili Rossi kerana sudah dibuktikan dengan keupayaan CEO terdahulu, Datuk Stuart Ramalingam.

"Saya berasakan liga Malaysia masih memerlukan CEO tempatan kerana sangat memahami industri tersebut dengan lebih mendalam serta tahu liku-liku perjalanan," tambahnya.

Advertisement

Must Watch Video