Skip to main content

Bola Sepak

Choupo-Moting bersatu semula dengan Tuchel di PSG

choupo-moting.jpg
Paris Saint-Germain (PSG) melengkapkan perjanjian mengejut dengan mengikat Eric Maxim Choupo-Moting dari Stoke City menjelang tamat jendela perpindahan di Perancis.

Choupo-Moting menjaringkan lima gol dalam Liga Perdana Inggeris (EPL) musim lalu dengan Stoke tersingkir tetapi juara Ligue 1, PSG, menyelamatkan karier pemain 29 tahun itu dengan kontrak dua tahun.

Jurulatih, Thomas Tuchel, mengesahkan ketibaan pemain antarabangsa Cameroon itu semalam selepas menandatangani Juan Bernat daripada Bayern Munich.

Dia masih lagi berhubung dengan Tuchel yang pernah membimbingnya ketika mengharungi karier terbaiknya di Mainz -- tiga musim bersama kelab Bundesliga itu sebelum bergabung dengan Schalke dan kemudian Stoke.

"Saya amat berbesar hati untuk menandatangani perjanjian dengan kelab besar Eropah, PSG," Choupo-Moting memberitahu laman sesawang rasmi PSG.

"Saya ingin berterima kasih kepada para pengarah dan jurulatih atas keyakinan yang telah ditunjukkan dalam menandatangani saya. 

"Saya akan memberikan hasil maksimum saya di atas padang pada setiap hari untuk menunjukkan dedikasi kepada kelab baru saya.

"Berada di Perancis, sebuah negara bola sepak yang besar, adalah tempoh yang hebat dalam karier saya. Saya akan bermain di samping beberapa rakan sepasukan yang luar biasa dan saya tidak sabar untuk mengalami suasana di Parc des Princes!"

Advertisement

Must Watch Video