Giorgio Chiellini tersenarai dalam skuad Juventus yang akan bersaing dalam pusingan kalah mati Liga Juara-Juara Eropah (UCL) apabila hampir pulih sepenuhnya daripada kecederaan lutut.
Chiellini, 35, hanya melakukan satu penampilan bersama Juve musim ini sebelum menjalani pembedahan lutut September lalu.
Kapten Juve itu sedang berusaha untuk pulih sepenuhnya dalam tempoh dua bulan ini selepas disenaraikan sebagai 22 pemain yang akan membarisi pasukan itu dalam pusingan kalah mati UCL.
Juventus akan berdepan Lyon dalam pusingan 16, dengan perlawanan pertama akan berlangsung di Perancis pada 26 Februari ini.
Mereka kini berada di puncak Serie A dengan kelebihan tiga mata menjelang kunjungan ke laman Hellas Verona hujung minggu ini.
Senarai pemain Juventus ke UCL:
Gianluigi Buffon, Carlo Pinsoglio, Wojciech Szczesny, Leonardo Bonucci, Giorgio Chiellini, Danilo, Matthijs de Ligt, Mattia De Sciglio, Daniele Rugani, Alex Sandro, Rodrigo Bentancur, Juan Cuadrado, Sami Khedira, Blaise Matuidi, Miralem Pjanic, Adrien Rabiot, Aaron Ramsey, Federico Bernardeschi, Douglas Costa, Paulo Dybala, Gonzalo Higuain, Cristiano Ronaldo.
Editor: Muzaffar Musa