Giorgio Chiellini semakin hampir untuk kembali memperkuatkan Juventus, kata pengurus, Maurizio Sarri.
Pemain berusia 35 tahun itu menjalani pembedahan lutut September lalu dan terpaksa diketepikan selama enam bulan.
Sarri berharap Chiellini bersedia untuk kembali beraksi setelah bek tengah berpengalaman itu selesa dengan keadaan fizikalnya tatkala Juve memasuki tempoh getir dan akan beraksi lima perlawanan dalam 16 hari.
Malam ini, The Bianconeri akan berkunjung ke Hellas Verona bagi aksi Serie A sebelum menghadapi dua perlawanan minggu depan, termasuk pertemuan Coppa Italia menentang AC Milan, 13 Februari ini sambil aksi pertama pusingan 16 Liga Juara-Juara Eropah menentang Lyon dijadualkan pada 26 Februari.
"Pemulihannya mengikut perancangan. Chiellini menjalani latihan individu dan berpasukan secara berkala," katanya.
"Perkembangan itu membuatkannya sangat penting. Apa yang penting adalah dengar apa yang diperkatakan kepada kami. Dia sudah sembuh. Kini ia bergantung kepada apa yang dia rasakan."
Dalam masa sama, Sarri tidak risaukan kecergasan Cristiano Ronaldo yang memasuki usia 35 tahun minggu ini serta bergelut dalam babak pertama musim ini akibat kecederaan lutut.
"Ronaldo berada dalam keadaan terbaik sejak dia pulih daripada kecederaan lutut," tambah pengurus itu.
Sarri bercadang untuk lebih kerap menurunkan Adrien Rabiot, yang empat kali mengisi kesebelasan utama Serie A bagi tahun ini berbanding hanya memulakan lima perlawanan tahun lalu.
Namun, dia menegaskan Blaise Matuidi tetap memainkan peranan penting sehingga akhir musim.
"Rabiot telah mempamerkan peningkatan dan berada dalam keadaan baik, jadi saya memilihnya berbanding pemain tengah lain tetapi kemampuan Matuidi tidak dilupakan," ujar Sarri.
"Dalam jangka panjang, Matuidi merupakan salah seorang pemain yang sentiasa membantu pasukan. Ini hanya untuk satu tempoh, terdapat banyak perlawanan lagi.
"Namun, buat masa ini, sejujurnya saya fikir perlu berikan Rabiot aksi konsisten. Dia sedang menemui keyakinan dan prestasi terbaik. Saya fikir dia boleh meningkat lagi. Penting untuk dia terus beraksi bagi mendapatkan rentak."
Editor: Nafis Abdullah