Pengendali skuad kebangsaan, Tan Cheng Hoe, menuntut hadiah ulang tahun kelahiran paling bermakna apabila mahu memastikan skuad Harimau Malaya meraih keputusan cemerlang dalam aksi menentang Nepal dan Timor Leste, bulan depan.
Jurulatih itu menyambut hari lahir ke-51 hari ini yang juga tahun keduanya sebagai jurulatih kebangsaan.
Dalam tempoh mengemudi skuad negara, jurulatih kelahiran Kedah itu melalui detik pasang surut bersama pasukannya.
Cheng Hoe membantu skuad negara muncul naib juara Piala AFF 2018 tetapi reputasinya sedikit tercalar susulan skuad negara terpaksa mengharungi play-off kelayakan Piala Dunia 2022 yang juga kelayakan Piala Asia 2023.
Itu semua diakuinya sebagai asam garam bola sepak dan dia kini hanya mahu memastikan skuad negara mampu meraih pencapaian lebih baik di pentas tertinggi.
"Ini adalah pasukan kebangsaan untuk masa depan dan berharap dapat terus berkembang serta melakar kejayaan di pentas antarabangsa. Sebagai jurulatih, saya sangat gembira dengan pasukan ini," katanya.
Mempunyai karakter tenang sebagai seorang jurulatih, Cheng Hoe mengakui tiada memori manis atau pahit yang berlaku sempena ulang tahun kelahirannya sebelum ini.
Justeru, beliau berharap tugasan skuad kebangsaan kali ini mampu memberi kemanisan untuk dikenang selamanya.
"Nepal menampilkan corak permainan yang berbeza dan mereka sangat serius dalam persiapan berdepan Malaysia dan saya mahu skuad negara memberikan aksi yang terbaik nanti."