Pengendali Harimau Malaya, Tan Cheng Hoe, mampu menarik nafas lega dengan kehadiran dua tonggak utamanya, Norshahrul Idlan Talaha dan Mohamadou Sumareh, yang hadir melapor diri pada hari kedua latihan selain bebas daripada sebarang kecederaan.
Sebelum ini, Cheng Hoe menghadapi krisis kecederaan membabitkan penjaga gol, Muhammad Hafizul Hakim Khairul Nizam Jothy, dan pemain pertahanan, Syahmi Safari, sehingga terpaksa digugurkan daripada senarai skuad kebangsaan.
Ketiadaan tonggak seperti Syahmi yang terpaksa dilepaskan pada hari pertama latihan itu jelas merunsingkan Cheng Hoe sebelum Norshahrul dan Sumareh tiba melapor diri hari ini berbekalkan tahap kecergasan yang baik.
Bagi Cheng Hoe, dua pemain yang lewat sehari melapor diri itu telah melengkapkan senarai kem latihannya dalam mempersiapkan diri bagi aksi playoff pusingan pertama kelayakan Piala Dunia 2022 dan Piala Asia 2023 menentang Timor Leste.
"Latihan kali ini sudah lengkap dan saya melihatnya daripada sudut positif. Semua pemain tampak cukup semangat dan saya ingin tegaskan, pemain sangat komited walaupun dalam bulan Ramadan," kata Cheng Hoe.
Sementara itu, penyerang Harimau Malaya, Norshahrul, mengakui sudah bersedia untuk membalas kepercayaan jurulatih berkenaan.
"Apabila jurulatih panggil saya, saya mahu balas semula dalam setiap perlawanan. Sudah tentu semangat masih membara kerana saya seorang pemain profesional. Jadi, tidak kira bersama kelab atau skuad kebangsaan, saya perlu memberi komitmen 100 peratus," ujar Norshahrul.