Pengendali Harimau Malaya, Tan Cheng Hoe, mengakui kemenangan dalam perlawanan persahabatan antarabangsa menentang Taiwan dan Kemboja amat penting walaupun tidak dapat menurunkan barisan terbaiknya untuk tugasan kali ini.
Cheng Hoe sekadar membawa 22 pemain ke Taiwan hari ini bagi aksi persahabatan dengan negara itu Jumaat ini sebelum menghadapi Kemboja, tiga hari kemudian.
Ia disebabkan lima pemain yang dipanggil terpaksa dilepaskan gara-gara faktor kepenatan, kecederaan, komitmen peribadi dan urusan keluarga, iaitu Safawi Rasid, Adam Nor Azlin, Rizal Ghazali, Syafiq Ahmad dan Norshahrul Idlan Talaha.
Namun, Cheng Hoe tetap menagih kemenangan sebagai penyuntik semangat untuk menghadapi saingan Piala Suzuki AFF, November ini.
"Bagi saya, apa yang penting adalah mempamerkan satu persembahan terbaik dan mencari keyakinan dalam pasukan. Jika anda beraksi dalam mana-mana perlawanan, sudah pasti anda mahukan kemenangan.
"Saya harap semua pemain bersedia," ujarnya.
Kali terakhir Harimau Malaya beraksi adalah sewaktu menewaskan Fiji 1-0 dalam perlawanan persahabatan di Cheras, 5 Julai lalu, dan Cheng Hoe mengakui Taiwan bukan lawan mudah berdasarkan peningkatan yang dipamerkan pasukan itu sejak kebekalangan ini.
"Dalam beberapa tahun terakhir, skuad Taiwan menunjukkan aksi yang mantap, terutama ketika saingan kelayakan Piala Asia. Mereka menundukkan Bahrain dua kali dan mengatasi Singapura. Ia menjadi bukti bahawa mereka sangat bagus.
"Jadi, kami memerlukan keyakinan," tambahnya.