Jurulatih Harimau Malaya, Tan Cheng Hoe, dijangka berdepan kesukaran untuk menghadirkan keputusan positif dalam dua perlawanan persahabatan bulan ini apabila kehilangan seorang lagi penyerang, Norshahrul Idlan Talaha.
Norshahrul atau Mat Yo yang kembali mendapat panggilan skuad negara terpaksa diketepikan hari ini kerana mempunyai urusan keluarga.
Perkembangan itu sekali gus menyaksikan skuad negara kehilangan seorang lagi penyerang selepas Safawi Rasid dan Syafiq Ahmad terpaksa diketepikan kerana faktor kepenatan dan komitmen peribadi.
Situasi itu jelas menguji Cheng Hoe untuk memastikan pasukannya melakar kemenangan ketika berdepan Taiwan dan Kemboja sebagai bekalan motivasi sebelum menghadapi Piala Suzuki AFF, November ini.
"Saya perlu mencari formula terbaik untuk aksi persahabatan nanti.
"Sudah tentu pemain-pemain yang akan diturunkan nanti mampu memberikan persembahan yang terbaik," kata Cheng Hoe.
Apapun, ketiadaan Norshahrul, Safawi dan Syafiq sememangnya membuka peluang kepada penyerang lain untuk mempamerkan persembahan memikat, termasuk penggempur Nakhon Ratchasima, Shahrel Fikri Md Fauzi.
"Insya-Allah saya mampu membantu skuad negara dalam aksi persahabatan yang akan datang," kata Shahrel Fikri.