Jurulatih skuad kebangsaan, Tan Cheng Hoe, kekal berahsia dengan bayangan kesebelasan utama yang akan diturunkan bertemu Jordan ketika beliau sedia menguji beberapa muka baru untuk misi mendapatkan kemenangan moral di Stadium Nasional, Bukit, Jalil, malam ini.
Kesebelasan utama bekas pengendali Kedah itu untuk pertemuan menentang Jordan kekal misteri sejak hari pertama kem latihan pusat skuad kebangsaan, Ahad lalu.
Meskipun mengekalkan sebilangan besar pemain lama, jurulatih berusia 51 tahun itu tampak masih belum menetapkan kombinasi terbaiknya ketika ini.
Terdapat beberapa faktor yang diambil kira -- memberi peluang kepada muka baru beraksi selain enggan mendedahkan kekuatan pasukannya kepada Indonesia yang akan menjadi lawan Malaysia dalam aksi pembukaan pusingan kedua kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023.
"Ya itu merupakan perancangan kami. Setiap pemain harus diberikan peluang dan terdapat beberapa pemain yang baru dipanggil menyertai skuad kebangsaan harus diberikan masa beraksi bagi mendapatkan pengalaman.
"Saya berharap setiap pemain bersedia untuk perlawanan malam ini," kata pengendali itu.
Danial Amier Norhisham, J. Partiban dan Brendan Gan antara muka baru yang menagih aksi di atas padang untuk menambat hati Cheng Hoe.
Namun, tidak kira siapa yang diturunkan, skuad negara perlu memberi tentangan sengit kepada pasukan di ranking ke-99 dunia itu sebagai permulaan positif sebelum bertemu Indonesia di Jakarta, Khamis depan.
"Setiap pemain harus berada di tahap terbaik untuk dipanggil beraksi dalam kesebelasan utama dan mampu menjelmakan gaya permainan Malaysia, itu pendapat saya," kata kapten negara, Farizal Marlias.
Sementara itu, lain pula cerita mengenai skuad kendalian Vital Borkelmans menjelang pertemuan dengan Harimau Malaya.
Ketika ditemui menjalani latihan rasmi di Stadium Nasional, Bukit Jalil semalam, penyerangnya, Yousef Al-Rawashdeh, terkejut dengan keadaan padang di venue berkenaan.
"Ini merupakan kali pertama saya beraksi di Malaysia dan permukaan padang yang agak berbeza. Kami perlu segera menyesuaikan diri," katanya.
Namun, mereka enggan situasi padang menjejaskan tumpuan berdepan Malaysia yang dianggap sebagai aksi penting sebelum berkunjung ke Taiwan, Khamis depan.
"Menyesuaikan diri dengan cuaca di Malaysia akan membantu kami membuat persiapan menghadapi Taiwan dalam aksi kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023 nanti."