BOLA SEPAK

Chelsea tandatangan pemain tengah England dari Barcelona

Stadium Astro
Muzaffar Musa
01/02/2025
00:32 MYT
Sponsor Banner
Chelsea tandatangan pemain tengah England dari Barcelona
Juara Liga Super Wanita, Chelsea, mengesahkan bahawa mereka selesai menandatangani pemain tengah England, Keira Walsh, dari Barcelona.
Bekas pemain Manchester City itu akan kembali ke liga divisyen utama England berkenaan selepas dua setengah musim berkelana di Sepanyol.
Sepanjang di Sepanyol, dia memenangi dua gelaran Liga F, dua gelaran Liga Juara-Juara Eropah Wanita selain satu kejuaraan Copa de la Reina dan tiga Supercopa de Espana Femenina.
Walsh juga dinobatkan pemain terbaik dalam aksi final Kejohanan Eropah, di mana England menewaskan Jerman pada 2022 sebelum membawa negaranya ke final Piala Dunia setahun kemudian.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video