CHELSEA 3 MIDDLESBROUGH 0
Pengendali pasukan, Antonio Conte, menjelaskan Chelsea semakin hampir untuk menjuarai Liga Perdana Inggeris (EPL) setelah menewaskan Middlesbrough 3-0 di Stamford Bridge, awal pagi tadi.
Chelsea bakal diangkat sebagai juara jika mereka melakar kemenangan dalam aksi seterusnya berdepan West Brom pada Jumaat selepas jaringan Diego Costa, Marcos dan Nemanja Matic melengkapkan kemenangan yang menyaksikan Middlesbrough tersingkir daripada EPL.
Kekalahan Tottenham ketika bertemu West Ham (di Stadium London) memberikan peluang kepada Chelsea untuk berada di kedudukan yang selesa dan Conte menyifatkan semangat juang yang dimilikinya adalah faktor utama beliau semakin menggenggam kejuaraan pertama pada musim sulungnya bersama The Blues.
"Saya berasakan ia merupakan sesuatu yang penting selepas Tottenham tewas, peluang untuk meraih tiga mata penuh dan menjarakkan kedudukan kami kepada tujuh mata. Ia adalah kemenangan yang penting," kata Conte.
"Pemain-pemain yang membuktikan kebolehan mereka dan mempamerkan keinginan untuk menjuarai liga.
"Kami memiliki peluang untuk menjuarainya tanpa menunggu keputusan perlawanan Spurs. Kami perlu memberikan tumpuan dan membuat persiapan yang rapi ketika berdepan West Brom."