Chelsea merekodkan kemenangan ke-300 di laman sendiri dalam era Liga Perdana Inggeris (EPL) selepas menewaskan Middlesbrough 3-0, awal pagi tadi.
Diego Costa memberikan gol pembukaan kepada pasukan tuan rumah selepas aksi berlangsung selama 23 minit di Stamford Bridge, sekaligus melakar golnya yang ke-20 musim ini.
Marcos Alonso kemudian menggandakan jaringan sebelum Nemanja Matic melengkapkan kemenangan The Blues dalam separuh masa kedua ke atas Boro yang tersingkir daripada saingan EPL.
Chelsea bakal diangkat sebagai juara liga buat kali kedua dalam tempoh tiga tahun jika meraih kemenangan di West Brom, Jumaat ini.
Manchester United mendahului dengan 347 kemenangan di laman sendiri manakala Arsenal di tempat kedua dengan 306 kemenangan.