Thomas Tuchel berkata Chelsea perlu lebih klinikal selepas terikat seri tanpa jaringan oleh Leeds dalam pertembungan tempo tinggi di Elland Road.
The Blues melanjutkan rekod tanpa kalah di bawah khidmat pengendali Jerman kepada 12 perlawanan, tetapi membazirkan peluang terbaik termasuk dua daripada Kai Havertz, yang turun dalam kesebelasan utama.
Kedua-dua pasukan kelihatan tidak bernasib baik kerana gagal meledak jaringan apabila masing-masing menggegar palang gol dan menguji kemampuan penjaga gawang.
Leeds hampir ketinggalan selepas usaha Luke Ayling mengeluarkan bola daripada zon bahaya terkena Diego Llorente dan terkena palang sebelum Edouard Mendy menepis percubaan Tyler Roberts.
Mendy turut menafikan percubaan Raphinha bagi membatalkan hasrat Leeds mendahului permainan, yang berjaya mengelak daripada kekalahan ketiga berturut-turut.
"Kami mempunyai kualiti yang cukup untuk menggunakan peluang yang lebih baik dan lebih klinikal," kata Tuchel.
"Tanggungjawab kami, tanggungjawab saya untuk mencipta lebih banyak dan mungkin mempunyai lebih banyak peluang besar."
Gagal mengalahkan Leeds, Chelsea melepaskan peluang untuk memintas Leicester yang berada di tempat ketiga.

FT. The Blues unbeaten in thirteen, but have to settle for a point in West Yorkshire. ?#LEECHE pic.twitter.com/QcBhCLBvFw
— Chelsea FC (@ChelseaFC) March 13, 2021