Skip to main content

Bola Sepak

Chelsea perlu fokus kepada projek kelab berbanding kritikan luar -- Lampard

frank-lampard_147yqymo4wmi1rhvki8ff06pf.jpg
Pengurus sementara Chelsea, Frank Lampardm percaya kelab itu perlu memberikan tumpuan kepada projek mereka sendiri, dan mengabaikan pendapat luar.

The Blues bergelut musim ini walaupun melaburkan sejumlah wang yang menarik untuk pemain dalam dua jendela perpindahan terakhir, menduduki tempat ke-11 dalam Liga Perdana Inggeris selepas 30 perlawanan.

Chelsea akan menentang Brighton and Hove Albion malam ini, yang berada empat tempat di atas mereka, dan Seagulls terus berkembang maju di bawah kendalian Roberto De Zerbi sejak kelab London itu mengambil ketua jurulatih mereka sebelum ini, Graham Potter, daripada mereka pada September.

"Saya rasa Brighton adalah model yang hebat. Anda boleh melihat perkembangan lima, enam, tujuh tahun terakhir mereka yang cukup baik, dan itulah laluan mereka," kata Lampard.

"Laluan Chelsea adalah berbeza, sebuah kelab yang telah mencapai kejayaan besar untuk tempoh yang lama. Mungkin sebuah kelab di mana terdapat peralihan pemilikan berbeza, pemain yang telah pergi, membawa pemain untuk masa depan.

“Anda boleh melihat sekeliling dan melihat model di mana-mana, usaha yang telah dilakukan oleh Arsenal dan semua orang menilai mereka, pemilik dan pengurus, kini ia adalah model yang hebat.

"Anda perlu faham apabila anda berada dalam projek, terdapat tempoh anda memperlu membina asas semula, saya rasa tidak penting untuk kami memberi tumpuan kepada pendapat luar."
 
 

Advertisement

Topik Berkaitan

Must Watch Video