Skip to main content

Bola Sepak

Chelsea pecah rekod kemenangan dalam Liga Perdana Inggeris

chelsea22517.jpg
Chelsea memecahkan rekod kemenangan Liga Perdana Inggeris (EPL) dalam satu musim apabila meraih kemenangan ke-30 dalam kempen menentang Sunderland, malam tadi.

Skuad Antonio Conte sudah mengesahkan kejuaraan selepas menewaskan West Brom 1-0 pada 12 Mei, dan menyamai rekod 29 kemenangan sebelum ini -- juga dicipta Chelsea pada 2004/05 dan 2005/06 -- dengan menewaskan Watford pada Isnin lalu.

Dan sambutan kejayaan dalam majlis penyampaian trofi di Stamford Bridge bertambah meriah selepas pasukan tuan rumah menamatkan saingan dengan rekod baru.

Chelsea membelasah Sunderland 5-1 untuk memastikan rekod itu tercipta dengan menyaksikan Willian, Eden Hazard, Pedro dan dua daripada Michy Batshuayi bertindak balas untuk menafikan gol pembukaan pelawat menerusi Javier Manquillo.

Chelsea hanya tewas lima perlawanan sepanjang musim ini, dengan Liverpool satu-satunya kelab yang tidak merasai kekalahan kepada juara baru itu.

Everton menjadi mangsa kemenangan terbesar Chelsea musim ini apabila tewas 5-0 di barat London pada November.

 

Advertisement

Must Watch Video