LEEDS 3 CHELSEA 0
Thomas Tuchel merumuskan Chelsea merupakan pasukan yang lebih baik dalam kekalahan 0-3 kepada Leeds United, awal pagi tadi, untuk The Blues meratapi kekalahan pertama Liga Perdana Inggeris (EPL) musim ini.
Kesilapan penjaga gol, Edouard Mendy, menghadiahkan Brenden Aaronson gol pembuka buat The Whites sebelum Rodrigo dan Jack Harrison menokok gol untuk kemenangan luar biasa di Elland Road itu.
Chelsea bergelut untuk memberikan tekanan berterusan ke atas tuan rumah dan kad kuning kedua ke atas Kalidou Koulibaly memastikan mereka menamatkan perlawanan dengan 10 pemain.
Begitupun, Tuchel percaya pasukannya lebih unggul sepanjang perlawanan apabila mencadangkan kekalahan mereka berpunca daripada kesilapan individu, bukannya pendekatan taktikal yang gagal.
“Kami tewas dalam 20 minit pertama permainan tetapi kami jelas lebih bagus dan mempunyai peluang menarik,” katanya kepada BBC Sport selepas perlawanan itu.
“Kami melakukan banyak sentuhan di dalam kotak penalti tetapi kami terlepas sasaran dan tidak memanfaatkan peluang terhidang.
"Kami jelas adalah pasukan yang lebih baik. Mereka melakukan apa yang mereka patut. Saya tidak nampak situasi bola mati dan gol yang dilepaskan Mendy adalah berpunca daripada pendekatan taktikal saya. Ia merupakan kesilapan pemain.
“Jika kami dibolosi seperti ini dan sekalipun kami dalam kawalan penuh, kami masih tidak mampu memenangi perlawanan bola sepak.
"Kami masih mencuba dalam separuh masa kedua dan saya kecewa penyudah kami tumpul sedangkan pihak lawan mampu memaksimumkan setengah peluang yang kami ada, sebaliknya kami tidak melakukannya."