Skip to main content

Bola Sepak

Chelsea layak bergelar juara -- Pulis

130517antonioconte.jpg
WEST BROM 0 CHELSEA 1

Tony Pulis menyifatkan Chelsea "layak" untuk bergelar juara Liga Perdana Inggeris (EPL) selepas skuad kendalian Antonio Conte meraih kemenangan 1-0 ke atas West Brom, awal pagi tadi.


Skuad kendalian Pulis telah memberikan yang terbaik di The Hawthorns, dan hampir mendahului perlawanan menerusia percubaan Salomon Rondon atau Nacer Chadli dalam separuh masa kedua.

Tetapi ia telah terbukti perlawanan ini milik Chelsea apabila pemain gantian, Michy Batshuayi menjaringkan tunggal pada baki lapan minit perlawanan dan membenarkan Conte meraikan kejayaan menjuarai EPL pada musim pertamanya dengan saingan akhir Piala FA berdepan Arsenal menanti mereka.

"Mereka berhak bergelar juara, mereka mengharungi musim yang baik dan mampu menjuarai satu lagi gelaran," kata Pulis.

"Chelsea memiliki skuad yang hebat dan mereka adalah yang terbaik.

"Kami mahu menyukarkan lawan kami. Kualiti permainan kami gagal berada di tahap yang diinginkan.

"Kami gagal menyudahkan jaringan dan Chelsea menggunakan peluang dengan sebaik mungkin dan mereka berhak menjuarai liga."
 

Advertisement

Must Watch Video