Skip to main content

Bola Sepak

Chelsea hampir benarkan lawan bangkit -- Sarri

sarri_1.jpg
CHELSEA 4 SLAVIA PRAGUE 3
(Chelsea menang agregat 5-3)

Maurizio Sarri berang dengan masalah persembahan Chelsea dalam separuh masa kedua setiap perlawanan selepas meraih kemenangan tipis ke atas Slavia Prague 4-3 dalam saingan Liga Europa (UEL), awal pagi tadi.


Chelsea kelihatan mengawal permainan di Stamford Bridge selepas mendahului 4-1.

Tetapi dua jaringan daripada Petr Sevcik yang hadir awal dalam separuh masa kedua memberikan harapan kepada Slavia untuk mengejar saingan dan mempamerkan permainan agresif untuk melangkah ke separuh akhir.

Bagaimanapun, Chelsea berjaya lolos menerusi kemenangan agregat 5-3 tetapi Sarri tidak berpuas hati dengan aksi longlai pasukannya dalam separuh masa kedua.

Chelsea tewas 2-0 kepada Liverpool dan Everton dalam saingan Liga Perdana Inggeris (EPL) dan telah bolos kesemua jaringan dalam babak kedua permainan, sekali gus menimbulkan kebimbangan kepada Sarri.

"Chelsea bermain baik dalam separuh masa pertama," kata Sarri.

"Tetapi sejak dua bulan lalu, kami sentiasa bermula dengan buruk untuk separuh masa kedua. Kami memerlukan jalan penyelesaian.

"Kami melakukan perkara yang sama dalam 10 perlawanan terakhir. Ini merupakan satu masalah besar. 

"Tetapi lawan kami, mereka telah berusaha dengan sebaik mungkin untuk mengejar kedudukan.

"Slavia melakukan larian, bermain dengan keamatan tinggi, sesuatu yang hampir menghukum Chelsea. Ini merupakan satu pengalaman buat Chelsea untuk mempamerkan aksi yang lebih konsisten pada masa akan datang."

Dalam separuh akhir, Chelsea akan berdepan Eintracht Frankfurt, yang mengatasi Benfica 2-0 di laman sendiri menerusi kelebihan jaringan selepas terikat 4-4 secara agregat.

Advertisement

Must Watch Video