Skip to main content

Bola Sepak

Chelsea beri tawaran tidak masuk akal untuk Rugani

danielerugani-cropped_169bgsi77h9hx18rxn745q0ezh.jpg
Ejen Daniele Rugani, Davide Torchia, mendedahkan bahawa Chelsea telah mengajukan tawaran lumayan untuk pemain pertahanan Juventus itu walaupun kelab juara Serie A berkenaan tidak bercadang untuk melepaskannya.

Rugani, 24, telah dikaitkan dengan perpindahan ke Chelsea sebelum jendela perpindahan bakal ditutup kurang daripada sehari, selepas bekas pengendali Napoli, Maurizio Sarri, menggantikan tempat Antonio Conte di Stamford Bridge.

Sarri dan Rugani pernah bekerjasama ketika berada di Empoli, sekali gus menguatkan khabar angin itu sebelum AC Milan menandatangani Mattia Caldara dari Juve.

"Juventus tidak bercadang untuk menjual Rugani walaupun pada harga yang tinggi," kata Torchia.

"Dalam masa sama, Rugani juga tidak pernah menyatakan hasrat untuk berpindah. Walaupun apabila menerima tawaran yang serius, Juventus telah menolak semua bidaan untuk mengekalkannya di Turin.

"Chelsea telah memberikan tawaran yang sangat lumayan, sesuatu yang bagi saya tidak masuk akal tetapi Juventus tetap dengan pendiriannya.

"Sami Khedira bermain hanya lebih 10 perlawanan berbanding Rugani pada musim lalu, jadi saya rasa dia akan akan lebih banyak beraksi musim ini."
 

Advertisement

Must Watch Video