Skip to main content

Bola Sepak

Cesc Fabregas umum persaraan

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

cesc-fabregas-retired.jpg
Bekas pemain tengah Arsenal, Chelsea dan Sepanyol, Cesc Fabregas, mengumumkan persaraannya daripada bola sepak pada usia 36 tahun.

Juara Piala Dunia 2010 itu melakukan pengumuman berkenaan melalui satu ciapan Twitter selepas menamatkan kontrak dua tahunnya dengan kelab Serie B, Como, yang ditandatanganinya dalam musim panas 12 bulan lalu.

Menjelang persaraan itu, dia telah melakukan 700 penampilan dalam pasukan utama sejak melakukan penampilan pertama bersama Arsenal pada usia 16 tahun pada 2003.
 
"Ia merupakan satu kesedihan yang besar apabila sudah sampai masanya untuk saya menggantung but.

"Sejak hari pertama saya di Barca (Barcelona), Arsenal, kemudian Barca kembali, Chelsea, Monaco dan Como, saya menghargai setiap daripadanya.

"Daripada menjulang Piala Dunia, Euro, memenangi segalanya di England dan Sepanyol dan hampir kesemua trofi Eropah, Ia merupakan satu perjalanan yang saya tidak akan lupakan," katanya.

Pada usia 16 tahun dan 177 hari, Fabregas menjadi pemain termuda mewakili Arsenal ketika menentang Rotterham dalam pusingan ketiga Piala Liga Inggeris (EFL) di Highbury pada Oktober 2003. Dia kemudian menjadi penjaring gol termuda kelab itu sewaktu menemui sasaran ketika menentang Wolves dalam pusingan berikutnya.

Dia kemudian menyertai kelab zaman remajanya, Barcelona, pada 2011, setahun selepas menjulang Piala Dunia.

Fabregas juga merupakan sebahagian daripada skuad kebangsaan Sepanyol sewaktu memenangi dua gelaran Euro berturut-turut pada 2008 dan 2012.

Sewaktu di Barca, dia memenangi gelaran LaLiga 2012-13 tetapi meninggalkan Camp Nou untuk kembali ke Liga Perdana Inggeris (EPL) bersama Chelsea pada 2014 dan membantu The Blues menjuarai liga pada 2015 dan 2017.

Fabregas menyertai kelab Ligue 1, Monaco, pada 2019, di mana dia beraksi sebanyak 68 kali sebelum menyertai Como musim panas lalu.
 

Advertisement

Jadual

competition-logo
Liga Perdana Inggeris
Gameweek 15 of 38
Sabtu, 06 Dis
08:30 PM
Aston Villa-team-logo Aston Villa
Arsenal-team-logo Arsenal
11:00 PM
Bournemouth AFC-team-logo Bournemouth AFC
Chelsea-team-logo Chelsea
11:00 PM
Everton-team-logo Everton
Nottingham Forest-team-logo Nottingham Forest
11:00 PM
Tottenham Hotspur-team-logo Tottenham Hotspur
Brentford-team-logo Brentford
11:00 PM
Manchester City-team-logo Manchester City
Sunderland-team-logo Sunderland
11:00 PM
Newcastle United-team-logo Newcastle United
Burnley-team-logo Burnley
Ahad, 07 Dis
01:30 AM
Leeds United-team-logo Leeds United
Liverpool-team-logo Liverpool
10:00 PM
Brighton Hove Albion-team-logo Brighton Hove Albion
West Ham United-team-logo West Ham United
Isnin, 08 Dis
12:30 AM
Fulham-team-logo Fulham
Crystal Palace-team-logo Crystal Palace
Selasa, 09 Dis
04:00 AM
Wolverhampton Wanderers-team-logo Wolverhampton Wanderers
Manchester United-team-logo Manchester United

Must Watch Video