Skip to main content

Bola Sepak

Cepat perbaiki prestasi The Bos Gaurus -- Raja Ahmad

9517rajaahmad.jpg
Pertemuan bersama bekas pengurus skuad Perak, Raja Ahmad Zainuddin Raja Omar, di Ipoh sebentar tadi berjaya menyingkap secara dasar perasaan peminat terhadap prestasi semasa skuad The Bos Gaurus.

"Saya kecewa. Saya warga Perak, rakyat Perak. Siapa yang tidak akan kecewa jika hanya tujuh mata dikutip dalam tujuh perlawanan. Jika begini, pasukan dalam bahaya kerana kedudukan tidak terjamin.

"Tinggal lagi 10 perlawanan.  Oleh itu cepat baiki prestasi.  Kembalikan keyakinan saya dan peminat anda. Ini saranan saya. Saya tidak mahu campur urusan tetapi sebagai rakyat Perak, saya ada hak untuk bersuara demi bola sepak negeri," tegasnya.

Menurutnya, Perak memiliki pemain berbakat dan tidak ada masalah di peringkat pengurusan tetapi hairan dengan persembahan hambar pasukan. 

"Oleh itu, jika saya, kalau mereka tidak menunjukkan prestasi sepatutnya, sudah lama mereka perlu diambil tindakan. Buat apa bayaran tinggi kalau tidak dibalas balik dengan prestasi."

"Jangan takut guna pemain muda yang tidak ternama, bukan bintang.  Mereka ini selalunya bermain ikhlas untuk menang. Saya kongsi pengalaman ini. Saya harap mereka dapat bermain baik apabila bertemu Sarawak 24 Mei ini," tambahnya.

Di bawah kepepimpinan Raja Ahmad, Perak beberapa kali menggegar Stadium Merdeka dan mencipta kejayaan dalam kancah bola sepak tempatan.

Beliau juga pencetus kepada kemunculan pemain tempatan berbakat Perak seperti Khalid Jamlus, V. Sarananan dan Azizol Abu Hanifah serta pemain import, Jang Jung dari Korea Selatan, pemain Myanmar, Aung Naing dan Kyi Lwin.
 

Advertisement

Must Watch Video