LIGA SUPER MSIA
CEO MFL usaha adakan jadual Liga-M lebih seimbang
Pengurus Besar Penang, Jeffrey Chew, memohon pertimbangan Liga Bolasepak Malaysia (MFL) meneliti jadual Liga Super yang terbatas dengan penentuan beberapa perlawanan sahaja dalam tempoh sebulan.
Hal ini menyulitkan persediaan pasukan terutama apabila melibatkan perlawanan di tempat lawan iaitu daripada segi tempahan hotel dan penerbangan.
Keadaan akan lebih baik jika semua pasukan menerima jadual perlawanan dalam tempoh semusim seperti sebelum ini.
Iklan
"Tanpa perancangan yang panjang, perkara ini akan jadi masalah.
"Kami sudah bermain di Sarawak dan Sabah, masa itu tiket penerbangan mahal.
"Jadi ia bukan satu isu tetapi ada perkara-perkara lain yang perlu diambil kira," katanya di Nadi Arena sebentar tadi.
Dalam pada itu, Ketua Pegawai Eksekutif (MFL), Giorgio Pompili Rossi, mengakui keadaan terkini penyusunan jadual dilihat tidak normal.
Justeru, Pompili Rossi memberi jaminan perubahan positif menjelang saingan musim hadapan.
"Sudah semestinya ia akan diperbaiki, namun bukanlah ketika musim semasa yang sedang berjalan.
Must-Watch Video