Skip to main content

Bola Sepak

Cech mahu terus bergabung dengan Sanchez, Ozil

arsenal-pilihan-utama-saya-selepas-tinggalkan-real-ozil.jpg
Petr Cech menggesa Arsenal untuk mengekalkan duo serangan luar biasa, Alexis Sanchez dan Mesut Ozil.

Masa depan kedua-duanya menjadi tumpuan selain pengurus, Arsene Wenger, apabila spekulasi mengenai mereka terus berlarutan dalam minggu-minggu terakhir musim ini.

Kontrak kedua-dua pemain itu akan tamat pada 2018 dan terma lanjutan masih kekal tidak ditandatangani.

"Alexis bertindak cemerlang dengan menjaringkan banyak gol," ujar Cech yang bakal menentang bekas majikannya, Chelsea, dalam perlawanan akhir Piala FA pada Sabtu ini.

"Kedua-duanya adalah pemain luar biasa dan anda sentiasa mahu mengekalkan pemain luar biasa.

"Amat mustahak untuk kami mengekalkan pasukan ini dan cuba mengukuhkan beberapa posisi, kemudian kami akan bersedia untuk berjuang lagi."

Arsenal menewaskan Everton 3-1 pada hari terakhir Liga Perdana Inggeris (EPL), namun menamatkan saingan di luar kelompok empat pasukan teratas buat kali pertama di bawah bimbingan Wenger.

Cech tidak berasakan situasi itu terlalu menjejaskan Gunners dengan menjadikan Chelsea sebagai contoh meskipun gagal mempertahankan kejuaraan liga pada 2016 dengan menamatkan saingan di kedudukan ke-10.

"Jika anda gagal sekali dalam tempoh 20 tahun, ia bukan masalah," katanya.

"Kelab ini mempunyai asas, organisasi yang kukuh dan segala-galanya untuk keluar daripada tahun yang mengecewakan dan bangkit semula seperti Chelsea.

"Ia membantu mereka apabila tidak terlibat (dalam kempen Eropah) musim ini kerana mereka boleh menumpukan semua kudrat mereka dalam liga."

 

Advertisement

Must Watch Video