Penjaga gol, Petr Cech, berharap Arsenal dapat meneruskan falsafah yang diterapkan oleh Arsene Wenger walaupun beliau mengambil keputusan untuk meninggalkan pasukan pada penghujung musim ini.
Cech berkhidmat di bawah bimbingan Wenger selama tiga musim selepas meninggalkan Chelsea pada 2015 dan memenangi Piala FA pada musim lalu.
Dengan Wenger menamatkan khidmat 22 tahun bersama Arsenal, Cech berasakan legasi yang ditinggalkan Wenger di dalam dan di luar padang perlu dikekalkan.
"Perkara yang paling penting ([buat pengurus seterusnya) ialah perlu meneruskan legasi kelab ini," kata Cech.
"Kelab ini memiliki falsafah yang tersendiri dan ia membentuk gaya permainan pasukan. Ia akan menjadi sangat baik jika kami mampu meneruskannya.
"Ia merupakan penamat sebuah era. Ia tidak pernah berlaku kepada Arsenal buat 22 tahun dan ia merupakan sesuatu yang baru buat Arsenal," katanya.
Cech turut meluahkan kekecewaannya apabila gagal menamatkan musim ini dengan satu gelaran buat Wenger, selepas tersingkir daripada saingan Liga Europa (UEL) kepada Atletico Madrid dalam pusingan separuh akhir apabila tewas 2-1 secara agregat.
"Kami telah cuba memberikan penamat yang terbaik buat Wenger, kami kurang bernasib baik dalam saingan UEL."