Skip to main content

Bola Sepak

Ceballos sertai Arsenal secara pinjaman

ceballos-arsenal.jpg
Pemain tengah Real Madrid, Dani Ceballos, telah menyertai Arsenal menerusi pinjaman jangka panjang selepas disahkan oleh kelab Liga Perdana Inggeris itu.

Tottenham dilaporkan mendahului perlumbaan mendapatkan perancang tengah itu yang menyinar sewaktu Sepanyol menjuarai Kejohanan Eropah B-21 bulan lalu.

Bagaimanapun, Arsenal menjadi pilihan Ceballos selepas dia bersetuju dengan perpindahan sementara dari madrid ke Emirates.

Ceballos menyertai Los Blancos daripada Real Betis pada 2017 tetapi gagal untuk mengesahkan tempat dalam musim pertama di Santiago Bernabeu.

Sejak Zinedine Zidane meninggalkan Madrid di penghujung 2017-18, dia dilihat mampu meraih banyak peluang walaupun hanya tiga kali beraksi dalam LaLiga sebaik sahaja pengendali dari Perancis itu kembali bersama Los Blancos, Mac lalu.

Ceballos menjadi pemain ketiga yang dibawa masuk pengurus The Gunners, Unai Emery, sejak musim 2018-19 tamat selepas William Saliba -- yang dipinjamkan kembali ke Saint-Etienne -- dan penggempur muda Brazil, Gabriel Martinelli.

"Kami gembira melihat Ceballos menyertai kami," ujar bekas pengurus Sevilla dan Paris Saint-Germain (PSG) itu.

"Dia seorang pemain berbakat dengan kebolehan teknikal, kreativiti dan ketepatan yang tinggi."

Arsenal akan berdepan Olympique Lyon, Angers dan Barcelona dalam kempen pramusim sebelum memulakan saingan Liga Perdana Inggeris musim 2019-20 menentang Newcastle United pada 11 Ogos depan.

Advertisement

Must Watch Video