Walaupun Edinson Cavani telah menandatangani kontrak baru bersama Paris Saint-Germain (PSG) bulan lalu, dia mendedahkan mahu kembali bersama Napoli pada masa akan datang.
Cavani meledak dua gol ketika menewaskan Bastia 5-0 dalam saingan Ligue 1 pada Sabtu lalu untuk mencetak 47 gol dalam semua pertandingan musim ini.
Dengan 128 gol buat PSG, Cavani menghampiri rekod kelab yang dipegang oleh Zlatan Ibrahimovic (156 gol), tetapi pemain kebangsaan Uruguay itu sudah melihat masa depannya.
"Saya mahu menghabiskan karier saya di tahap yang tertinggi dan berharap ia dapat dilunaskan. Selepas itu, saya mahu membuat keputusan untuk bersara sebagai pemain.
"Saya masih tidak tahu apa yang akan berlaku selepas PSG tetapi jika saya membuat keputusan untuk berhijrah, saya akan memilih untuk kembali ke Napoli."
Cavani merupakan antara penyerang berbisa ketika tiga musim pertama bersama Napoli, merakamkan 78 gol dan menyifatkan pengendali pasukan, Walter Mazzarri (kini bersama Watford) adalah antara pencetus kejayaannya dalam Serie A.
"Saya sentiasa memiliki kenangan yang indah beraksi di dalam jersi Napoli.
"Mazzarri merupakan seorang pengendali yang bagus, beliau merupakan antara sebab utama saya mampu beraksi cemerlang di Itali.
"Saya masih tidak tahu apa akan berlaku di masa akan datang, kontrak saya bakal tamat pada 2020, saya mungkin akan kembali bersama Napoli."