Skip to main content

Bola Sepak

Cavani terkilan gagal beri sumbangan besar di depan penyokong

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

cavani.jpg
Edinson Cavani tidak berselindung bahawa dia telah mengharungi musim terakhir yang buruk bersama Manchester United dan terkilan tidak berkesempatan untuk menghadiahkan sesuatu di depan peminat di Old Trafford. 

Cavani menyertai United sebagai ejen bebas sebaik meninggalkan Paris Saint-Germain (PSG) pada 2020 dan selepas dua tahun dalam kancah Liga Perdana Inggeris (EPL), dia telah menyumbat 12 gol dalam 41 penampilan.

Berikutan kerap dibelenggu masalah kecederaan selain konflik di bilik persalinan yang membawa kepada pemecatan Ole Gunnar Solskjaer, penyerang Uruguay itu hanya diturunkan tujuh kali dan menjaringkan dua gol musim ini. 

Justeru, pemain berusia 35 tahun itu perlu menetapkan hala tuju barunya sebaik kontraknya berakhir. 

“Saya berhasrat memberi sumbangan lebih besar musim ini,” katanya.

 

“Salah satu perkara yang membuatkan saya rasa sedikit terkilan ialah ketika kami mengharungi tempoh yang sangat menyeronokkan dan cukup baik (musim lalu), kami tidak dapat bersama-sama penyokong. 

"Dan pada musim ini, apabila peminat dibenarkan kembali ke padang dan stadium, secara jujur dan peribadinya saya tidak begitu banyak terlibat. 

“Saya berharap dapat mengulangi jaringan seperti musim lalu, kemudian meraikannya di samping penyokong -- ia sesuatu yang bagus buat seorang penggempur. 

"Apa pun saya ingin mengucapkan terima kasih kepada peminat kerana mereka sentiasa menunjukkan kasih sayang yang tinggi kepada saya, ia sangat penting bagi seorang pemain bola sepak."

Advertisement

Must Watch Video