Skip to main content

Bola Sepak

Cavani perlu kekal di PSG -- Tuchel

edinson-cavani.jpg
Ketua jurulatih Paris Saint-Germain (PSG), Thomas Tuchel, menegaskan Edinson Cavani akan berada dalam kedudukan yang lebih mengecewakan daripada kekal bersama pasukan.

Penyerang itu dilihat mahu meninggalkan pasukan bulan lalu ketika kontraknya bakal berakhir pada penghujung musim ini selepas kedudukannya dalam pasukan telah diambil alih oleh Mauro Icardi.

Atletico Madrid merupakan pilihan untuk menandatangani bintang Uruguay itu tetapi laporan daripada Sepanyol mencadangkan mereka telah menarik semula tawaran tersebut disebabkan oleh permintaan daripada ejen pemain.

Perpindahan ke Liga Perdana Inggeris (EPL) turut dikhabarkan dengan Chelsea dan Manchester United berminat untuk menandatangani seorang penyerang tetapi Frank Lampard mengesahkan tiada pemain baru bakal menyertai pasukan apabila menyatakan Olivier Giroud tidak akan dijual.

Tuchel, yang sentiasa mahu mengekalkan Cavani, berharap pemain berusia 32 tahun itu menemui semula tahap terbaik ketika PSG dalam usaha untuk menjuarai setiap gelaran domestik dan Liga Juara-Jaura (UCL) musim ini.

"Terdapat lebih banyak situasi yang mengecewakan berbanding kekal bersama PSG," katanya.

"Cavani akan kembali ke tahap terbaik. Dia memerlukan tahap keyakinan serta rentak. Ia perkara yang biasa buat setiap penyerang.

"Setiap pemain berpeluang untuk mendapatkan tempat. Cavani terlepas beberapa minggu ekoran kecederaan dan situasinya. Jadi, kami perlu bersabar dan menantikannya.

"Jika mendapatkan semula rentak dan keyakinan, dia akan menjadi watak penting pasukan."

Cavani hanya tampil dalam kesebelasan utama enam kali bersama PSG musim ini.

PSG memiliki kelebihan 10 mata ke atas Marseille di puncak Ligue 1 selepas 21 perlawanan.



Editor: Ammar Hakim
 

Advertisement

Must Watch Video

Advertisement: No Ad Tag found