Skip to main content

Bola Sepak

Cavani: Pecah rekod Ibrahimovic bukan objektif saya

7517edinsoncavani.jpg
Edinson Cavani menegaskan dia enggan memberikan tumpuan untuk memintas rekod yang dihasilkan bekas penyerang Paris Saint-Germain (PSG), Zlatan Ibrahimovic. 

Cavani meledak dua gol ketika membantu skuad kendalian Unai Emery meraih kemenangan 5-0 ke atas Bastia dalam saingan Ligue 1, semalam dan merekodkan 47 gol dalam semua pertandingan.

PSG masih memiliki dua aksi liga, dengan perlawanan final Coupe de France berdepan Angers, bermakna rekod jaringan 50 gol Ibrahimovic musim lalu mampu dipintas oleh Cavani pada penghujung musim ini.

Ibrahimovic yang membuat penampilan musim pertama bersama Manchester United tergendala apabila mengalami kecederaan lutut yang serius, adalah penjaring terbanyak PSG dengan 156 gol.

"Objektif kami adalah untuk meraih kemenangan, bukan untuk memecahkan rekod Ibrahimovic. Mungkin saya akan memecahkan rekodnya tetapi ia bukan objektif utama," kata Cavani.

"Saya berada di kelab ini kerana mahu memenangi banyak gelaran.

"Saya mahu terus memperbaiki permainan saya bagi membantu pasukan melakar kemenangan dalam setiap perlawanan."

Kemenangan ke atas Bastia meletakkan PSG berkongsi kedudukan dengan Monaco, namun pendahulu liga itu masih memiliki kelebihan baki satu perlawanan.

"Ia merupakan kemenangan yang penting. Saya masih percaya bahawa kami mampu menjuarai liga. Kami akan terus berjuang sehingga penghujung musim ini."

Advertisement

Must Watch Video