Edinson Cavani percaya masih banyak yang boleh ditawarkan Neymar buat Paris Saint-Germain (PSG) sambil mengatakan bintang Brazil itu akan belajar daripada kemelut perpindahannya ketika ini.
Neymar terus dikaitkan akan angkat kaki dan dilaporkan mendesak untuk keluar daripada juara Ligue 1 berkenaan.
Bagaimanapun, tatkala pemain berusia 27 tahun itu terus dihujani spekulasi akan kembali ke Barcelona, dia kini kembali menjalani latihan selepas gagal melaporkan diri untuk persiapan pramusim seperti tarikh yang ditetapkan dan Cavani berharap rakannya itu akan tetap kekal di Parc des Princes.
"Saya harap segala-galanya yang berlaku akan memberi pengalaman kepada dirinya untuk berkembang sebagai seorang individu," kata Cavani kepada Le Parisien.
"Saya fikir masih banyak yang boleh ditawarkannya kepada PSG sehingga hari terakhirnya di sini, begitu juga dengan bola sepak.
"Beraksi di samping pemain-pemain ternama sepertinya dan Kylian Mbappe membuatkan saya seronok. Hubungan kami kini bagus bagi mewujudkan pasukan, suasana kerja yang baik yang menuntut pengorbanan dan profesionalisme."
Hubungan Cavani dan Neymar seolah-olah retak menanti belah ketika mereka mula digandingkan selepas tonggak Brazil itu tiba daripada Barca pada 2017.
Penyerang Uruguay itu menuntut untuk melakukan sepakan penalti tetapi dibantah Neymar ketika mereka menghadapi Lyon pada September 2017, hanya untuk melihat sepakan berkenaan diselamatkan, sehingga mencetuskan banyak spekulasi bahwa kedua-duanya tidak mungkin dapat beraksi bersama-sama.
Walaupun mengesahkan bahawa pada awalnya dia dan Neymar sukar bertentang mata, Cavani menegaskan ia bukan lagi satu masalah.
"Banyak perkara yang diperkatakan mengenai kami, memang benar bahawa kami berselisih pendapat dalam beberapa bulan pertama selepas ketibaannya tetapi kami kini sudah boleh berborak," tambahnya.
"Rangkaian sosial dan spekulasi telah diperbesar, banyak perkara yang dilaporkan adalah tidak benar."