Ketua jurulatih Paris Saint-Germain (PSG), Thomas Tuchel, berkata Edinson Cavani kini lebih fokus berikutan kegagalan untuk berhijrah meninggalkan juara Perancis itu bulan lalu.
Cavani -- bakal kehabisan kontrak pada penghujung musim ini -- dijangka meninggalkan PSG bulan lalu tetapi perpindahan menyertai kelab LaLiga, Atletico Madrid, tidak dimeterai.
Dengan penghijrahan terpaksa ditunda sehingga penghujung musim ini, Cavani hadir dalam perlawanan sebagai pemain gantian dan menjaringkan gol dalam tempoh tiga minit ketika mengatasi Lyon 4-2 dalam aksi Ligue 1 semalam.
"Setiap kali ada persaingan, ia adalah petanda yang baik. Kami memerlukan setiap pemain. Saya sentiasa mengatakan perkara itu," kata Tuchel.
"Anda dapat berasakan Cavani kini lebih bertenaga dalam sesi latihan selepas mengetahui dia akan kekal bersama pasukan.
"Dia membuat penampilan yang cemerlang dengan menjaringkan gol yang penting. Ia bagus buat dirinya dan pasukan. Kerana setiap pemain memerlukan pengalaman dan kualiti seperti Cavani."
Cavani -- penjaring terbanyak PSG sepanjang zaman -- meledak gol ketiga dalam saingan Ligue 1 musim ini manakala pemain kebangsaan Uruguay itu telah menjaringkan enam gol dalam semua kejohanan.
Editor: Ammar Hakim

? ?? ??????? @ECavaniOfficial ❤️?pic.twitter.com/Kjh9CRGxFD
— Paris Saint-Germain (@PSG_English) February 9, 2020