Skip to main content

Bola Sepak

Cavani dinobat Pemain Terbaik Ligue 1

16517edinson-cavani.jpg
Penyerang Paris Saint-Germain (PSG), Edinson Cavani, dinamakan sebagai Pemain Terbaik Ligue 1 buat pertama kali manakala bintang Monaco, Kylian Mbappe, dipilih sebagai Pemain Muda Terbaik musim 2016-17.

Cavani telah mempamerkan persembahan terbaiknya dengan menjaringkan 35 gol musim ini walaupun mereka bakal terlepas kejuaraan liga buat pertama kali.

Bekas penyerang, Zlatan Ibrahimovic, telah memenangi anugerah tersebut dalam tiga edisi sebelum ini, dengan Eden Hazard, Alexandre Lacazette, Karim Benzema dan Didier Drogba merupakan antara bekas pemenang anugerah tersebut.

Leonardo Jardim dipilih sebagai Jurulatih Terbaik selepas membantu Monaco untuk menjuarai Ligue 1, sekaligus memecah dominasi PSG.

Mbappe diangkat sebagai Pemain Muda Terbaik denga merekodkan 14 gol dan 11 bantuan jaringan musim ini.

Bintang Chelsea, N'Golo Kante, dipilih sebagai Pemain Terbaik Perancis yang beraksi di luar negara.
 

Advertisement

Must Watch Video