Real Madrid dilaporkan bersedia untuk mendapatkan semula bekas penyerang, Mariano Diaz, yang dikatakan bakal mengubah pendirian mengenai perpindahan daripada Olympique Lyon ke Sevilla.
Diaz meninggalkan Madrid untuk ke Lyon tahun lalu menerusi perpindahan bernilai EUR8 juta (RM38 juta) dan presiden kelab Ligue 1 itu, Jean-Michel Aulas, menafikan perjanjian itu turut meletakkan pilihan pembelian semula.
Penggempur itu menikmati karier di Perancis apabila menyumbat 18 gol di pentas liga pada musim lalu, namun gagal menemui jaringan sejak April lalu.
Buat Madrid, mereka masih belum menemui pengganti Cristiano Ronaldo setelah kapten Portugal itu berhijrah ke Juventus.
Situasi itu membuatkan Presiden Sevilla, Jose Castro, tampil memberikan kenyataan bahawa pasukannya bakal terlepas peluang untuk mendapatkan khidmat Diaz walaupun usaha dilakukan sebelum ini.
"Real Madrid mempunyai pilihan pembelian semula yang akan diaktifkan," kata Castro.
"Namun, kami masih belum berhubung dengan pemain tetapi Mariano sentiasa menyatakan keinginan untuk beraksi bersama Sevilla.
"Kami berbincang dengan Lyon dan mereka memiliki 48 jam untuk membuat keputusan. Real Madrid turut campur tangan. Geram dengan Los Blancos? Tidak kerana ini adalah bola sepak. Kami sentiasa bekerja.
"Kami hanya cuba melakukan apa yang perlu dengan ejen dan pemain yang memberitahu kami akan hasratnya melalui video dan rakaman suara, mahu menyarung jersi Sevilla."
Dalam masa sama, Real Madrid juga dikatakan akan membiarkan Borja Mayoral ke Sevilla jika dapat melengkapkan perpindahan Diaz , namun Castro tidak gembira dengan pilihan yang dimiliki.
"Dia merupakan salah seorang pemain yang kami cuba dapatkan. Tiada apa yang menggembirakan tentangnya. Penyerang lain mungkin akan menyertai kami."