Skip to main content

Bola Sepak

Casillas belum tentukan masa depannya selepas alami serangan jantung

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

ikercasillas.jpg
Iker Casillas belum menentukan masa depannya selepas dibenarkan keluar dari hospital setelah mengalami serangan jantung.

Legenda Real Madrid dan Sepanyol itu mengalami infarksi miokardium ketika menjalani latihan bersama Porto, Rabu lalu.

Dia dikejarkan ke hospital dan menjalani pembedahan, dengan Porto mengesahkan Casillas berada dalam kondisi yang stabil.

Casillas telah meninggalkan Hospital CUF di Porto semalam dan berterima kasih di atas sokongan yang diberikan kepadanya.

"Ia merupakan sesuatu yang boleh terjadi kepada sesiapa dan ia berlaku kepada saya," kata Casillas.

"Sukar untuk bercakap ketika ini tetapi saya berterima kasih kerana sangat bertuah.

"Sokongan tanpa henti yang diberikan sejak beberapa hari yang lalu membuatkan saya menghargai anda semua.

"Saya berasa sangat baik. Saya akan berehat terlebih dahulu. Saya tidak pasti mengenai masa depan. Perkara paling penting adalah keadaan saya yang semakin baik."

Advertisement

Must Watch Video