Casemiro percaya Real Madrid dapat menampung tekanan bersaing memburu gelaran Liga Juara-Juara dan LaLiga.
Skuad kendalian Zinedine Zidane itu akan menyambut musuh setempat, Atletico Madrid, dalam perlawanan separuh akhir pertama Liga Juara-Juara, awal pagi esok, dan dalam masa yang sama, berkongsi mata dengan Barcelona dengan memiliki kelebihan baki satu perlawanan bagi jadual LaLiga.
Casemiro menjadi sandaran utama di bawah Zidane dan tonggak Brazil itu berkata bermain perlawanan pertama menentang Atletico di Santiago Bernabeu akan menjadi rangsangan untuk pasukannya.
"Real Madrid sudah sinonim (dengan tekanan), begitu juga pemain," kata Casemiro. "Itu salah satu ciri utama di Real Madrid -- anda perlu menang sepanjang masa.
"Kami tahu betapa pentingnya kedua-dua pertandingan, terutama Liga Juara-Juara memandangkan ia kejohanan istimewa.
"Tetapi, kami mahu memenangi liga dan menghadapi perlawanan satu persatu -- menumpukan perhatian kepada perlawanan liga, menang dan kemudian mula memikirkan Liga juara-Juara.
"Faktor laman sendiri penting buat kami dalam perlawanan pertama dan ia adalah penting kami mendapatkan hasil yang baik.
"Apabila anda melihat keghairahan sokongan peminat, hadir awal untuk memberi sorakan kepada kami yang berada di dalam bas, ia pasti memberikan anda rangsangan tambahan.
"Jadi, saya menggesa peminat untuk bertahan lama kerana ia benar-benar penting untuk kami.
"Aksi separuh akhir Liga Juara-Juara adalah persembahan yang mengagumkan untuk disaksikan. Bagaimanapun, kami sentiasa menunjukkan perasaan hormat tempat lawan kami kerana kami tidak boleh kehilangannya di peringkat ini dalam Liga Juara-Juara. "
Pemain berusia 25 tahun itu telah menyumbang dua gol dalam tiga penampilan terakhir Madrid dan Casemiro mahu dikenali sebagai pemain serba boleh, bukannya pemain tengah bertahan seperti tanggapan ramai.
"Pada masa ini, pemain tengah pasti perlu menjadi pemain serba lengkap -- anda tidak boleh hanya menjadi pemusnah, anda perlu terlibat merancang permainan juga," tambah Casemiro.
"Sudah tentu saya menikmatinya apabila peminat memuji saya untuk memenangi bola. Namun, saya juga perlu mampu membuat hantaran yang bagus dan berada di kedudukan dapat membuat percubaan.
"Tonggak tengah menjadi nadi. Ia adalah pusat kepada gerakan, jadi anda tidak boleh hanya melakukan satu perkara. Jika anda mempunyai bahagian tengah yang baik, anda mempunyai pasukan yang baik."