Casemiro percaya Brazil akan menjadi lebih baik dengan kehadiran Neymar sambil memuji kualiti yang dimiliki pasukannya menjelang final Copa America menentang Peru, Isnin ini.
Walaupun tanpa Neymar, yang disingkirkan gara-gara kecederaan buku lali, skuad kendalian Tite itu masih mampu melayakkan diri ke perhitungan terakhir.
Ketika Casemiro memuji kualiti yang dimiliki penyerang berkenaan, pemain tengah itu turut memuji bakat-bakat besar dalam pasukan Brazil.
"Kualiti yang ada pada Neymar tidak dapat disangkal lagi, kita perlu katakan yang dia merupakan pemain terbaik Brazil," katanya dalam sidang media.
"Jika dia sihat, saya boleh katakan mustahil untuk menghentikannya.
"Dia pemain dengan kualiti yang ekstrem.
"Dia telah membuktikannya kepada semua, dia telah membuktikannya dalam skuad kebangsaan Brazil.
"Namun, sudah pasti kami mempunyai pemain lain yang hebat. Kami mempunyai ramai pemain hebat.
"Jika Neymar berada di sini, ia pasti akan menjadikan kami lebih baik kerana dia akan banyak membantu.
"Namun, dia tidak ada di sini dan kami sudah mengatasi ketiadaannya. Kami sudah mengatasi kesukaran itu.
"Kami mencipta identiti permainan, namun jika dia berada di sini, ia akan menjadi lebih baik," katanya.
Brazil akan turun ke Maracana dengan keyakinan tinggi selepas menewaskan Peru 5-0 dalam perlawanan peringkat kumpulan, dua minggu lalu.
Casemiro, yang menjaringkan gol pembukaan dalam kemenangan di San Paulo itu, berkata Brazil perlu mengelak daripada mengubah pendekatan itu dalam aksi final.
"Anda perlu tahu waktu untuk terseksa, anda perlu tahu waktu untuk menyerang, anda perlu tahu waktu untuk bertahan.
"Apa yang utama, kami telah mencipta pasukan yang mantap di bahagian belakang.
"Apabila saya katakan mantap, ia bukan melibatkan pertahanan sahaja tetapi keseluruhan pasukan.
"Itulah ia, kami tidak boleh hilang perwatakan kami.
"Kami tidak perlu melakukan sesuatu yang berbeza daripada apa yang kami lakukan sebelum ini, bukan hanya melibatkan perlawanan akhir ini tetapi untuk dua atau tiga tahun lagi.
"Kami membina beberapa kemenangan yang baik, hanya tewas sedikit.
"Kami tidak perlu melakukan sesuatu yang berbeza.
"Kami sedar akan ada pasukan hebat sebagai lawan, namun ia adalah bola sepak kami," tambahnya.