Skip to main content

Bola Sepak

Casemiro lega keputusan bukan di tangannya

7517casemiro.jpg
Pemain tengah Real Madrid, Casemiro, berasa lega keputusan untuk memilih sama ada Gareth Bale atau Isco yang bakal bermain dalam final Liga Juara-Juara Eropah bukan tanggungjawabnya.

Isco menyinar ketika mengisi kekosongan yang ditinggalkan Bale selepas pemain antarabangsa Wales itu mengalami kecederaan betis yang panjang. 

Bagaimanapun, Bale mengisytiharkan dirinya sudah cergas sepenuhnya dan boleh beraksi dalam pertemuan menentang Juventu, di Cardiff pada Ahad ini.

Berita kepulangan Bale pastinya sesuatu yang menggembirakan jurulatih, Zinedine Zidane, namun bagi Casemiro, pengendali itu berada dalam dilema untuk memilih dan Casemiro sendiri lega bukan dia yang perlu meneliti soal itu. 

Dalam masa sama, Casemiro yakin Zidane memiliki ramuan tersendiri untuk menentang juara Itali itu, sambil Zidane juga menyifatkan Bale dan Isco mampu beraksi bersama di atas padang dengan baik.

"Isco berada pada tahap terbaik dan Bale adalah pemain penting buat kami. 

“Saya lega saya adalah seorang pemain dan bukan jurulatih,” kata Casemiro. 

Madrid menikmati musim yang hebat apabila meraih kejuaraan LaLiga, Piala Super Eropah serta Piala Dunia Kelab FIFA.

Casemiro yakin kemenangan di Cardiff akan memberikan penutup yang gemilang buat gergasi Sepanyol itu.

"Saya boleh katakan musim ini adalah musim yang hampir sempurna.

“Saya sering katakan semua pemain di sini berhak meraihnya, kami seperti keluarga,” ujar Casemiro. 

Advertisement

Must Watch Video